Kubah al-Sakhrah
Kubah al-Sakhrah

Kubah al-Sakhrah

Tahun MasihiKubah Al-Sakhrah (Arab: قبة الصخرة, rumi: Qubbat aṣ-Ṣakhra, lit. 'Kubah Batu'code: ar is deprecated ) ialah sebuah binaan Islam di tengah-tengah perkarangan masjid Al-Aqsa dalam kota lama Baitulmuqaddis. Ia hasil kerja seni bina Islam paling lama bertahan di dunia, struktur keagamaan terawal yang diuji secara arkeologi yang dibina oleh pemerintah Islam dan prasastinya mengandungi pemasyhuran terawal mengenai Islam dan kerasulan Muhammad.[1][2]Pembinaan awalnya dilakukan oleh Khilafah Umaiyah di bawah arahan Abdul Malik semasa berlangsungnya Perang Fitnah Kedua pada 691–692 Masihi, dan ia diletakkan di puncak tapak Kuil Yahudi Kedua (dibina s. 516 SM untuk menggantikan Kuil Sulaiman yang musnah dan dibina semula oleh Herodus I), yang mana ia telah dimusnahkan oleh Empayar Rom pada 70 Masihi. Kubah asalnya telah roboh pada 1015 dan dibina semula pada 1022–23.[3]Seni bina dan mozeknya diambil contoh daripada istana dan gereja Byzantine,[4] walaupun penampilan luarannya berubah semasa pemerintahan Usmaniyah dan sekali lagi pada era moden, terutamanya dengan penambahan bumbung bersadur emas, pada 1959–61 dan dibina lagi pada 1993. Struktur pelan berbentuk oktagon mungkin dipengeruhi oleh Gereja Kediaman Mary era Rom Timur (juga dikenali sebagai Kathisma bahasa Yunani dan al-Qadismu dalam bahasa Arab), yang dibina antara 451 dan 458 di laluan antara Baitulmaqdis dan Baitlaham.[4]Batu Asas (atau Batu Mulia) yang didirikan binaan diatasnya itu membawa suatu yang penting dan besar dalam agama samawi sebagai tempat di mana Tuhan mencipta dunia juga manusia pertama, Adam.[5] Ia juga dipercayai sebagai tempat Abraham mencuba untuk mengorbankan anaknya, dan sebagai tempat turunnya wahyu Tuhan terbanyak lebih daripada tempat lain. menurut Yahudi. Suatu perkara yang penting bagi tempat ini menurut Islam daripada sumbernya menyambung kepada penciptaan dunia ini dan menjadi destinasi akhir perjalanan malam (israk) Nabi Muhammad di batu tersebut, sebelum diangkat ke langit (mikraj).[6][7]Diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, kubah ini dipanggil dengan "tanda tempat Baitulmaqdis paling boleh dikenali"[8] bersama-sama dua struktur Kota Lama berhampiran: Tembok Ratapan dan Rotunda Kebangkitan di Gereja Makam Suci.[9] Prasasti Islamnya dibuktikan sebagai sebuah peristiwa penting, kerana selepas itu ia menjadi ciri umum dalam binaan Islam dan selalu menyebut Muhammad.[2] Kubah Al-Sakhrah kekal sebagai "binaan unik budaya Islam dalam seluruh penghormatan", termasuklah sebagai sebuah "karya seni dan sebagai sebuah dokumen budaya dan kepercayaan", menurut sejarawan seni Oleg Grabar.[10]Kubah ini diselenggara oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan yang juga penjaga bagi tapak suci ketiga umat Islam.[11]

Rujukan

WikiPedia: Kubah al-Sakhrah http://www.washingtoninstitute.org/templateC04.php... http://news.bbc.co.uk/2/hi/world/middle_east/18834... http://www.cyberistan.org/islamic/domerock.htm http://www.noblesanctuary.com/ http://www.islamicity.com/Culture/MOSQUES/Jerusale... http://www.sacredsites.com/1st30/domeof.html https://books.google.com/books?id=xpxEAQAAIAAJ https://books.google.com/books?id=qihRCwAAQBAJ&pg=... https://web.archive.org/web/20170325025745/https:/... https://www.jstor.org/stable/25769691